Terma-terma Penggunaan
1. Penafian Laman
Informasi
Laman DXN ini mengandungi informasi, data, dokumen, polisi, prosidur, tatacara dan imej (yang mana akan dirujuk sebagai "Informasi") yang disediakan oleh pihak DXN sendiri. Informasi ini mungkin mengandungi maklumat yang dipetik dari isi kandungan laman pihak ketiga (yang mana akan dirujuk sebagai "Informasi Pihak Ketiga") yang tidak disahkan atau disokong oleh DXN dan dengan itu tidak mencerminkan sebarang polisi, prosidur, jangkaan atau tatacara DXN sendiri.
Informasi dan Informasi Pihak Ketiga yang terkandung dalam laman ini telah dipaparkan dengan penuh teliti, dianggap benar dan jitu pada masa penerbitannya. Walau bagaimanapun, pihak DXN berhak meminda, membaiki serta membetulkan Informasi tersebut pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang notis.
Informasi dalam laman web tersebut mungkin mengandungi kesilapan teknikal atau kesilapan menaip, dengan itu, DXN tidak pernah menegaskan bahawa Informasi atau Informasi Pihak Ketiga tersebut bebas dari kesilapan. Pihak DXN juga tidak bertanggungjawab bagi ketepatan, keesahan, kebenaran dan kejituan Informasi serta Informasi Pihak Ketiga seperti yang ditafsirkan atau diguna oleh mana-mana pengguna.
Tiada bahagian dalam laman ini dibenarkan diterbitkan semula dalam mana-mana bentuk atau dihantar semula kepada sesiapa jua tanpa kebenran menulis yang jelas terlebih dahulu daripada pihak DXN. Dengan ini, para pengguna bersetuju bahawa:
- Penyalinan dokumen dari laman ini hanyalah untuk kegunaan peribadi sahaja.
- Hanya satu salinan sahaja boleh disimpan atau dicetak untuk kegunaan peribadi dan ianya tidak boleh dihasilkan semula dalam mana-mana bentuk.
- Petikan daripada dokumen-dokumen yang dipaparkan dalam laman langsung tidak dibenarkan kecuali dibenarkan di bawah Akta Hakcipta dan dengan kebenaran menulis yang jelas terlebih dahulu daripada pihak DXN.
- Tiada bahagian dalam Informasi ini yang boleh diubah atau dipinda apabila ianya dibekalkan kepada pihak lain tanpa kebenran menulis yang jelas terlebih dahulu daripada pihak DXN.
- Para pengguna sendiri akan bertanggungjawab untuk memastikan sama ada isi kandungan and informasi yang dipaparkan tersebut sah atau benar, atau boleh dimuat turun tertakluk kepada undang-undang dan peraturan di negara yang didiami oleh pengguna.
Tanda niaga
Semua nama niaga, tanda niaga, nama perkhidmatan, nama produk, informasi tentang produk, alamat laman web, logo, hasil seni atau simbol adalah hakmilik pihak DXN. Pihak DXN tidak membenarkan penggunaannya oleh sesiapapun atas apa-apa tujuan, tanpa kebenran menulis yang jelas terlebih dahulu daripada pihak DXN, kecuali cawangan-cawangan dan stokis DXN sendiri.
Penafian Jaminan
Pihak DXN tidak menjamin perkhidmatan yang diberikan boleh diakses pada setiap masa tanpa sebarang gangguan atau kesilapan. Mungkin terdapat kelewatan, kelalaian, gangguan dan ketidaktepatan dari segi kandungan, p enyebaran berita, maklumat dan lain-lain bahan.
Pihak DXN akan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengelakkan pencerobohan oleh virus dan lain-lain elemen perosak terhadap laman webnya. Walaupun begitu, pihak DXN tidak menjamin kandungan laman webnya bebas daripada sebarang agen perosak, termasuk tetapi tidak terhad kepada virus komputer, 'hackers' atau lain-lain sabotaj teknikal.
2. Pautan Dari lain-lain Laman Web Yang Tidak Diakui DXN
Semua laman web yang dimiliki dan diuruskan oleh pihak ketiga mungkin mengandungi pautan ke laman web rasmi DXN. Ini tidak bermakna pihak DXN mengakui atau menerima sebarang tanggungjawab bagi isi kandungan, produk-produk dan perkhidmatan yang dipaparkan di laman-laman web pihak ketiga ini yang tidak diiktiraf oleh DXN. Sekiranya pengguna menggunakan pautan tersebut, pengguna sendiri harus mengakui dan bersetuju bahawa pihak DXN tidak bertanggungjawab ke atas sebarang aksi, isi kandungan, akses, polisi peribadi, buah fikiran, luahan pendapat, perkhidmatan dan produk yang ditawarkan, atau lain-lain pautan yang terdapat di laman-laman tersebut.
DISCLAIMER:
The social media account stated in the personal website of the DXN member solely belong to the member and is not owned or related with DXN.
I Acknowledge and Agree